BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 27 May 2010

Sepi Itu Indah




Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.

سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."








ADAKALANYA SEPI ITU INDAH


Benarkah sepi itu indah?...

Sepi itu telah lama bersama ku…

Dari dulu, kini dan ……..

Bila sepi itu menjenguk ku…

Aku berusaha menjadikan sepi itu indah…


Tapi hakikatnya…

Sepi itu kekosongan…

Sepi itu keseorangan…

Sepi itu kesunyian…

Sepi itu kemurungan…

Sepi itu kesedihan…

Sepi itu kedukaan…

Sepi itu kesakitan…

Sepi itu jauh dari insan dan…

Sepi itu jauh dari Tuhan…


Ya Allah, ya Tuhan…
kiranya telah Kau takdirkan…
aku sendirian begini…
aku redha, ya Allah…
kerana telah kuyakini…
sepi itu indah…
seindah kasihMu, ya Allah...

Maka Ya Allah,

Janganlah

Kerana Sepi

Aku jauh dari MU,

Sebaliknya,

Jadikan sepi ini,

Adalah waktu-waktu yang memang

Engkau luangkan untukku berkasih dengan MU

Mengenali MU

Dan

Berusaha aku mengatur langkah

Untuk

Berjalan menuju MU...


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, 
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu 
tetap hidup dalam kenangan.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang



3 comments:

Anonymous said...

"Feeling so lonely
I'm not the only one
Separate me
My soul from my body "

Bunga Bakawali said...

Kita bukan hidup sendirian kat dunia ni. Kita ada teman yang sedia untuk bersama susah senang.

Cumanya kita jangan ego, jangan pandang sepi pada orang yang telah memberikan kasih dan sayang. Kasih sayang tu bukan boleh dibeli atau dijumpai di tepi jalan.

Kasih sayang itu lahir dari hati, anugerah Allah yang dicampakkan ke dalam hati seorang perempuan yang bergelar ibu.

Naluri keibuannya kuat, sanggup berduka bersama walaupun ketika itu dia sepatutnya gembira.

Disaat anak kandungnya bernikah hati ibu itu sebenarnya bercampur baur, tangisan sayu dan hiba bila teringatkan ada seorang anaknya lagi sedang kesepian dan berduka. Itu yang tertambat didalam fikiran si ibu tak kala anak sulongnya melafaz sambut nikah.

Jasad ibu itu hadir di dalam majlis, tetapi ingatan yang berada jauh bersama anaknya yang seorang itu.

Dan inilah luahan hati seorang ibu yang rindu pada anaknya yang sering berkata 'lonely'. Siapa ibu ini di dalam hatimu?

Anonymous said...

cuma ibu