BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 24 June 2010

Kenapa mesti ada rindu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rindu.... rindu .... rindu, kuatnya panahan rindu pada setiap insan. Sebenarnya cinta dan rindu tidak dapat di pisahkan seperti irama dan lagu. Dari perasaan cinta membuahkan perasaan rindu yang indah untuk bertemu semula apabila berjauhan. Ia tak mengenal sesiapa, darjat, usia dan keturunan. Apabila sudah terkena penyakit rindu, parahlah dibuatnya kalau tak dikawal hingga terciptalah peribahasa mandi tak basah, tidur tak lena. Begitu kuatnya godaannya rindu.

Apalagi bagi orang yang tengah di lamun cinta asmara, yang tidak pernah menjadi penyair pun akan jadi penyair juga mengubah puisi rindu yang romantis. Hayatilah bait-bait puisi dan gurindam jiwa yang tercipta kerana rindu rendam yang membara:-

"hatiku rindu teramat rindu,
pada belaian kasihsayang mu,
terlalu sepi nya hidup ini
bagaikan bunga tak berseri"

"buat aku cuba nak melupakan
tapi wajahmu terbayang dalam kenangan
sungguh siksanya godaannya rindu
bila berpisah hatiku terharu
kau jauh pandangan,
bila ku kenangkan rindu ganti perasaan"

"dengarlah bisikan hasrat hati,
yang merindu menjelma kembali
ingatan ku yang telah lalu
Ingin bersama sehidup semati"

Begitulah hebatnya dugaannya rindu, mengasyikkan hingga ingin sehidup semati. Terlena kita sebentar hingga tak berpijak di bumi nyata.

Sebenarnya tiada kesalahan untuk kita merindu seseorang kerana ia adalah fitrah manusia yang semulajadi ingin di kasihi dan di rindui. Yang menjadi kesalahan kita meletakkan perasaan rindu yang terlalu tinggi yang tidak kena pada tempatnya hingga kita lalai dan leka bahawa kita hanya hamba yang fana milik Allah jua.

Alangkah baiknya kalau kita tanamkan perasaan rindu yang membara untuk menemui Allah setiap masa dalam keadaan redha dan di redhai. Selama ini kita hanya melaksanakan ibadat yang dituntut tapi tidak menjiwainya sepenuh hati dengan perasaan cinta dan rindu yang mendalam setiap kali munajat dengan Allah. Justeru itu segala amalan dilakukan tiada roh dan kekhusyukkannya. Amalan tinggal amalan tapi tidak meninggalkan bekas untuk meningkatkan iman apalagi melahirkan insan kamil yang takwa.

Alangkah baiknya juga kita dapat menanamkan rasa rindu untuk menatap wajah yang mulia Rasulullah SAW. Rindunya kita sebagai umatnya untuk menemui baginda yang hanya kita tahu sirahnya dan hanya dapat kita ziarahi makamnya saja. Tak rindukah kita untuk dapat mencium tangan baginda dan memeluk jasadnya. Alangkah indahnya perasaan rindu itu datang dalam diri kita agar kita dapat mencontohi sunnah baginda dalam kehidupan seharian.


Jika ingin tahu bagaimana panahan rindu kepada Allah dan rasulNYA,pergilah ke Baitullah,pandanglah ka'abah. Ka'abah adalah rumah Allah. Di situ pasti terdetik rasa rindu yang mencengkam kalbu. Sesiapa yang pernah berkunjung menjadi tetamu Allah ke rumahNYA ini, pasti akan jatuh cinta dan sentiasa rindu. Ini lah rindu yang sebenar-benarnya. Sebab itu sesiapa yang pernah pergi ke sana sentiasa berusaha untuk datang lagi...

Alangkah indahnya rindu itu .....

(Rindu pada ketenangan, rindu pada kedamaian, rindu pada kebahagiaan, .. Rindu kepada ALLAH)

Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.







Aku hidup dalam kenangan ,
mbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.


Perkongsian bersama my masjid

0 comments: