BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 1 June 2010

Impian Seorang Ibu

Semua ibu mengimpikan anak-anaknya berkahwin apabila usia meningkat dewasa dan layak berumah tangga.Tak kira anak kandung atau anak angkat yang ditatangnya dengan penuh kasih sayang.

Ibu akan berusaha untuk menghadiahkan seorang isteri/suami buat teman anaknya sepanjang hayat. Teman berkasih sayang dimasa senang atau susah. Seorang isteri atau suami buat menganyam bahagia bersama sambil berjalan menuju Allah.

Namun urusan jodoh adalah urusan Allah. Manusia hanya mampu merancang, jika rancangan manusia itu bertepatan dengan apa yang telah Allah tetapkan sejak di Loh Mahfduz, maka terjadilah hubungan kasih suami isteri.

Sekiranya memang tidak ada di dalam rancangan Allah, bagaimana dirancang sekali pun, tidak terjadi hubungan itu. Dan sebagai manusia kita akur dan patuh bahawa tiada jodoh antaranya.

Begitu juga ummi, mahu semua anak-anaknya apabila tiba usia dan keinginan berumahtangga, berusaha menguruskan walimatul 'urus. mencarikan calon, berta'aruf,merisik, meminang dan menikahkan. Jika calon itu bertepatan dengan kehendak agama, semuanya ummi restui. Ummi bukan memilih atau suka meletakkasn syarat yang pelik dan bukan-bukan bertentang syariat.

Negeri, bangsa, rupa paras, keturunan, level pendidikan bukan ukuran dalam pemilihan calon menantu. Spec ummi amat mudah, jika lebih dari spec yang ummi tetapkan ,itu adalah bonus.

Ini ummi dapatkan beberapa info berkaitan kenapa ada setengah orang jodohnya belum tiba juga,baik perempuan atau lelaki.


1. Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi. (Mandi bunga ini hanya contoh usaha yang dilakukan untuk mencari jodoh, macam yang ummi sering buat, telah merisik ramai perempuan tetapi semuanya menolak dengan berbagai alasan seperti tidak bersedia untuk berkahwin, negeri jauh,bangsa, tidak sekufu dan sebagainya.)





2. Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam nak jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek? Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga keterampilan tak kira bila dan di mana.


3. Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.


4. Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.



5. Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


Bagi seorang lelaki, ianya tidaklah sesulit yang dialami oleh seorang wanita. Itu memang pasti. Apabila seorang wanita lambat berkahwin, akan adalah kata-kata sinis diungkapkan kepada mereka. Bagi yang lelaki pula, sememangnya kata-kata perangsang daripada rakan-rakan sentiasa diungkapkan agar cepat-cepat menyelesaikan tanggungjawab untuk berkahwin itu.

Coretan ini aku khususkan untuk wanita. Dan bukannya lelaki. Biasanya para wanita akan mengalami sedikit tekanan bilamana membicarakan soal lambat berkahwin. Kadang juga ada yang merasa seolah-olah tidak mengapa kalau lambat berkahwin. Tetapi aku harus mengatakan bahawa itu hanyalah luaran. Jauh di sudut hati mereka, pasti hanya DIA yang mengetahui. Bagi mereka yang merasainya, sudah tentu Anda memahami keadaan itu.

Coretanku ini bukanlah membicarakan secara terperinci mengapa, kenapa dan bagaimana mengatasinya kerana aku tahu banyak tulisan-tulisan mengenainya. Tidak perlulah aku menambah-nambahkannya di blog ini.

Sebenarnya coretanku ini bertujuan untuk memberitahu kepada yang telah lewat berkahwin; ketahuilah bahawa apa yang Anda sedang alami itu adalah di antara ujian-ujian-Nya yang harus dilalui.

Gunakanlah kesempatan ini untuk membuktikan bahawa walau apapun berlaku, Anda tetap bersama-sama dengan-Nya. Usah difikir mengenai apa yang orang kata tetapi ketahuilah yang paling mustahak ialah apa yang akan DIA kata selepas melalui ujian itu. Adakah Anda berjaya atau sebaliknya?. Mengapa ujian itu ditimpakan kepada Anda? Saya pun tidak dapat menjawabnya, tetapi yang pasti, DIA maha mengetahui akan semua perkara;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqara, 2: 214)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankaboot, 29: 3)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Al-Baqara, 2: 155)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur, 24: 32)

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba, 34: 21)




Aku hidup dalam kenangan ,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.

3 comments:

Senduduk Putih said...

Entahlah adakah panduan yang diberikan oleh Dr Fadhilah ini mengikut syarak atau tidak...kita baca bersama-sama,yang baikjadikan iktibar,yang tak sesuai jadikan sempadan...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

Senduduk Putih said...

Sambungan...

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

msa said...

Wallahu 'alam....