بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila soalan ini ditujukan kepada kita, apa yang mampu kita jawab? Adakah ALLAH dekat dan rapat dengan kita? Adakah kita sentiasa bergantung harap dan mengingatiNYA setiap masa?
Untuk menjawab soalan ini, kita seharusnya bertanya kepada diri kita terlebih dahulu ‘SIAPA KITA?’. Siapa kita sebenarnya? Siapa kita di sisi ALLAH, Khaliq kita? Adakah kita sangat bagus di pandangan ALLAH? Siapa kita? Seorang anak? Seorang pelajar? Seorang guru? Seorang peguam? Seorang petani? Seorang doctor?
Jawapan yang paling tepat ialah kita sebenarnya HAMBA ALLAH...
Hamba Allah yang telah diberikan kesempatan hidup untuk menikmati kehidupan yang sementara di dunia fana ini. Oleh kerana itu, kita sebagai hambaNYA semestinya perlu melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNYA. Sebagai seorang hamba juga, kita mesti patuh, taat dan setia kepada pencipta iaitu ALLAH. Sesungguhnya Allah telah berkata di dalam kitabNYA (AL-QUR’AN) :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
(الذاريات : 56)
Bermaksud:
"Dan tidak AKU jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku."
Tidak lain dan tidak bukan, ALLAH telah menciptakan kita semata-mata untuk beribadat kepadaNYA, bukan untuk melupakanNYA atau hanya berharap dan memohon pertolongan di kala kesusahan sahaja.
Seterusnya, tanya soalan ini kepada kita : Di mana kita di hadapan ALLAH?
Di manakah sebenarnya kita di hadapan ALLAH? Apakah nilai kita di sisi ALLAH? Kita dapat memperolehi jawapannya jika kita menilai kembali nilai usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adakah kita sentiasa mendekatkan diri, akrab, rapat dengan ALLAH?
Sejauh manakah usaha kita untuk mengenali Pencipta kita? Solat lima waktu yang telah difardhukan, adakah kita telah berjaya sempurnakannya? Atau, adakah kita lewat dalam melaksanakan segala perintah ALLAH? Solat-solat sunat bagaimana pula?
Dan seharusnya perlu diingat, untuk dekat dengan ALLAH, kita semestinya terlebih dahulu perlu memulakannya. Ini kerana Allah lebih mengasihi hamba-hambaNYA yang memohon do’a dan pertolongan dengan hati yang ikhlas dan penuh mengharap. Sepertimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’anul Karim :
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
(البقرة : 152)
Bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
Sebagai seorang hamba, sesungguhnya ALLAH telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Ini kerana, badan kita terdiri daripada 4 komponen asas iaitu :
1) Jasad
2) Roh
3) ‘Aqal
4) Nafsu
Kesemua komponen ini saling memerlukan dan saling melengkapi. Jika tiada salah satu di antaranya, maka akan rosaklah seorang insan itu.
Makanan Roh adalah Ibadat.
Makanan ‘Aqal adalah ‘Ilmu
Makanan jasad…anda semua pasti tahu.
Nafsu pula berkait dengan jasad. Jika makanan jasad baik,maka akan baiklah nafsu itu. Disebabkan itulah kita sentiasa diingatkan untuk makan makanan yang halal dan tidak makan terlalu banyak.
Misi hidup kita:
1) Beribadah kepada Allah.
2) Menjadi khalifah
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
(البقرة :30)
Bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Destinasi hidup kita:
SYURGA atau NERAKA??
Semoga kita beroleh manfaat daripada artikel ini insya Allah..
Wassalam
Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.
0 comments:
Post a Comment