BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 18 December 2010

Kenapa Hati Tidak Tenang.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.


Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.


Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya, dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.


Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.


Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.


Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.


Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.


Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.


Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.


Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.


Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.


Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.


Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.


Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.


Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.


Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.


Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.


Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.


Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.


Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.


Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.


Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Thursday 16 December 2010

Terbelahnya Laut Merah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selalu kita membaca puak kuffar sibuk membuat kajian berkenaan kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Tetapi, jarang kita dengar, adanya kumpulan dari Saintis dan penyelidek Islam membuat kajian untuk membuktikan kebenaran kisah-kisah dalam Al-Quran . Kenapa? Adakah kerana sifat kita "kami dengar dan kamu taat" seperti sifat sahabat Rasullulah SAW iaitu, Syaidina Abu Bakar?

Apa saja yang terdapat dalam Al-Quran itu kita terus percaya tanpa sebarang keraguan? Apakah salah jika kita percaya dan kita kaji juga dari sudut sains dan teknologi. Terdapat satu lagi kajian penyelidek bukan Islam terhadap kisah dalam Al-Quran iaitu kebenaran laut terbelah pada zaman Nabi Musa A.S. Sebelum ini telah selalu kita baca, kisah dua laut yang bertemu tetapi terpisah. Dan, hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur’an.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Q.S. Ar-Rahman:19-20)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S. Al-Furqaan:53).


Kita ikuti kisah berkaitan terbelahnya Laut Merah.


Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan 
sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi


Catatan : Subhanallah! Kita orang mukmin tidak pernah meragui firman Allah dalam al-Quran. kajian ini membuktikan kesahihan isi kandungan al-Quran dan mukjizat RasulNya...



Aku hidup dalam kenangan ,
Imbauan rindu sering bertandang ,
Sumber kekuatan di akan datang.



Monday 22 November 2010

Aku Yang Sering lupa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


MANUSIA sering lupa. Ia menjadi kelemahan manusia yang menyebabkan hilang fokus terhadap amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan.


Namun, punca lupa yang paling menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri.”


Lupa diri sendiri menurut ulama antara maksudnya ialah lupa pada hari akhirat. Ada yang lupa amalan dosa yang dilakukan hingga tidak terasa untuk bertaubat.


Selain itu, mereka lupa tanggungjawab sebagai suami, isteri dan anak, sehinggakan lupa fungsi hidup, lupa sebagai seorang pekerja, lupa tugas, lupa tanggungjawab dan amanah, lupa pada janji dan sebagainya.


Disebabkan terlalu banyak lupa, kita mesti selalu mengingati Allah dengan memberi peringatan serta melakukan analisis (muhasabah) terhadap diri sendiri.


Nasihat Imam al-Ghazali yang sangat mendalam, semoga ia menjadi bahan muhasabah kita. Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.


Imam al-Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.


Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat Surah Ali-Imran ayat 185).


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab China, bulan, matahari dan bintang.


Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’


Walau bagaimana hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita perlu menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.


Tetapi, katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ (sila rujuk Surah al-A’raaf ayat 179). Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.


Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah.


Imam al-Ghazali berkata semua jawapan itu namun yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’ (lihat Surah al-Ahzab ayat 72).


Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah ta'ala meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.


Bagaimanpun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’


Gara-gara keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat. Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.


Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.


Jangan kita jadi manusia yang lupa daratan walaupun sebenarnya memang kita hidup di atas darat.


Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang




Friday 12 November 2010

Aku Naik saksi

  Allah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat


Halaqahnet
Portal Islam

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.


  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.
  • Terjemahan bahasa Melayu
    • Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.
Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.


Syarat sah syahadah

Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya.
  4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.


Hak Syahadah Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.





SETIAP INSAN YANG LAHIR, UNTUK KEPADA ISLAM KAFFAH/KESELURUHAN, WAJIB BERSYAHADAH TIDAK KIRA DIA LAHIR DALAM KELUARGA YANG MEMANG BAPANYA DAN IBU ISLAM ATAU BUKAN ISLAM.  UNTUK DIRINYA SENDIRI DAN APABILA IA MENERIMA JANJI IA PULA MENJADI SAKSI PADA YANG LAIN.



a.AL-BAQARAH 208="Wahai orang orang yg beriman! masuklah Islam keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."


b. AL-MARYAM AYT.87."Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan.


c. AL-BAQARAH.AYAT 132."Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim,"



d. AL-BAQARAH AYT.254. "Wahai orang orang yang beriman! sebarkanlah apa yang telah kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari(kiamat) yang tidak ada JUALBELI padanya ,dan tidak ada kawan TEMAN,serta tidak ada pula pertolongan SYAFAAT.Dan orang orang kafir, mereka itulah orang orang yang zalim.(lihat pada surah maryam 87 diatas(b)



e.AL-FATH AYT.10. "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."




f.AL-MAIDAH AYT.11." Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka"




MEREKA YANG TELAH MENUNAIKAN SYRIAT INI(BAI'ATH),MAKA TERLAKSANALAH IA SEBAGAI ISLAM KESELURUHAN,  DAN LAKUKANLAH RUKUN RUKUN YANG LAINNYA SEPERTIMANA YANG TELAH DIKERJAKAN SEBAGAI ISLAM,  DAN JADILAH PEMELUK UGAMA ISLAM KESELURUHAN/KAFFAH.JANGANLAH MENGATAKAN SYARIAT(BAI'ATH)INI HANYA DILAKUKAN OLEH ORANG ORANG DAHULU SAHAJA.  ITU SUDAH MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH YANG DIATAS DAN LAIN LAIN LAGI.





Seruan dari hati  ini,
Kembara Samudera Qaseh

Monday 1 November 2010

Kuasa Cinta

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)


Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)



“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam. Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.


Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'



Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!


Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah  memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!




Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:


“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)


Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.


Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.


Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.


Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.



Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)




Cinta Allah

Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.


Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.


Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.


Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.


Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.


Rujukan :  JAKIM

Tafsir Pimpinan al Rahman

Terjemahan Hadis Bukhari dan Muslim

Cinta Allah, Ibnu Qayyin al Juzyiah

55 Petua Orang Berjaya, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmadi Fadzli Yusof, PTS Millennia sdn bhd

12 Peribadi Cemerlang, Yusuf al Qaradawi Blue T Publication.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.





Thursday 28 October 2010

Patuh dan Tunduk Hanya Kerana Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hakikat Ibadah


Ibadah bererti, patuh dan tunduk yang mutlak serta penyembahan yang menyeluruh kepada yang disembah (ma'bud).



Ibadah dalam Islam bererti: kepatuhan yang mutlak kepada Allah s.w.t. semata-mata, tanpa mempersekutukan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan ibadah kepada-Nya.



Dari makna yang ringkas tentang ibadah tersebut, dapatlah kita pastikan bahawa, ibadah dalam erti kata lain ialah, penyembahan dan kepatuhan mutlak kepada Allah s.w.t.. Namun, intipati utama yang menyebabkan Allah s.w.t. menerima ibadah kita ialah: "ikhlas".



Hakikat Ikhlas


Para ulama' banyak membincangkan tentang pengertian ikhlas, dalam karangan-karangan mahupun ucapan-ucapan mereka. Cukuplah kita pilih pengertian ikhlas yang ringkas agar memudahkan kita yang didalam golongan awam memahaminya.



Ikhlas ialah, mengharapkan semata-mata Allah s.w.t. dan keredhaanNya, dalam segenap ibadah kita. Dalam erti kata yang lebih jelas, ikhlas bererti, kita beramal ibadah dan memenuhi segala tuntutan Allah s.w.t. demi mengharapkan keredhaan-Nya.



Hal ini sangat jelas, umpama seorang hamba kepada seorang tuan. Si hamba tersebut sudah tentu memenuhi segala perintah tuannya untuk meraih keredhaan dan kasih sayang tuannya. Apatah lagi, kita semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t., yang hidup di dunia ini hasil dari ciptaan Allah s.w.t. serta rahmat dan nikmat dari-Nya. Tidakkah kita lebih utama mematuhi segenap perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya demi semata-mata mengharapkan redha Allah s.w.t. yang telah menciptakan kita dengan rahmat dan kemurahan-Nya?



Nah, itulah erti ikhlas dalam ibadah, di mana ibadah seseorang tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. melainkan dengannya (ikhlas tersebut).



Sebahagian para ulama' membahagikan ikhlas dengan beberapa darjat, berdasarkan ijtihad dari kefahaman mereka terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kita pilih pembahagian kebanyakkan ulama' Islam iaitu (seperti dalam kitab jauharatu at-Tauhid):



Peringkat ikhlas yang paling tinggi: Beribadah semata-mata mengharapkan Allah s.w.t. dan keredhaan-Nya. Tiada terlintas dihatinya beribadah kerana nikmat syurga, takutkan azab neraka, dan sebagainya. Inilah darjat ikhlas yang paling sempurna.



Peringkat ikhlas yang kedua: Beribadah kepada Allah s.w.t. sambil mengharapkan nikmat syurga dari Allah s.w.t. atau takutkan siksa Allah s.w.t.



Peringkat ikhlas yang ketiga (paling rendah): beribadah kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan rahmat dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.



Adapun ikhlas yang paling sempurna dalam ibadah kepada Allah s.w.t. ialah, "beribadah semata-mata mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah s.w.t. tanpa mengharapkan kenikmatan syurga daripada ibadah tersebut".



Hanya orang yang jahil sahaja yang mempersoalkan, mengapa ada peringkat-peringkat dalam ikhlas?



Adakah sama di sisi Allah s.w.t., antara orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata ingin meraih cinta Allah s.w.t. tanpa sedikitpun menginginkan sebarang kenikmatan syurga dari ibadah tersebut, dengan orang-orang yang beribadah kepada Allah s.w.t. hanya kerana kemaslahatan diri mereka, iaitu untuk kenikmatan syurga?



Sudah tentu berbeza antara orang yang beribadah kerana cintakan Allah s.w.t. dan mengharap balasan cinta dari Allah s.w.t. dengan orang yang beribadah kerana mahukan ganjaran-ganjaran dari Allah s.w.t. Hal ini sangat jelas menurut akal mahupun naql (nash-nash dari Al-Qur'an dan As-Sunnah).



Bukankah kita sudah ketahui bahawa, di kalangan hamba-hamba Allah s.w.t. itu sendiri, darjat antara satu sama lain di sisi Allah s.w.t. berbeza? Bukankah setiap mu'min itu muslim, dan bukan setiap muslim itu mu'min. Nah, jelaslah ada darjat-darjat antara hamba-hamba Allah s.w.t. di sisi Allah s.w.t. sesuai dengan niat dan ibadahnya. Jadi, mengapa pula tiada perbezaan antara orang beribadah hanya yang mengharapkan cinta Allah s.w.t. dengan orang yang mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. dari amalan mereka?



Konsep "beribadah hanya semata-mata mengharapkan Allah s.w.t. tanpa mengharapkan nikmat syurga dari ibadah tersebut", Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.



Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesuatupun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi: 110)



Di sini, Allah s.w.t. menjelaskan sifat sebenar orang-orang yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t., iaitu, tidak mempersekutukan sesuatupun dalam ibadah dan penyembahannya kepada Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain, dalam tujuan beribadah tersebut. Bukankah mengharapkan syurga Allah s.w.t. dalam ibadah merupakan salah satu bentuk penyembahan kepada Allah s.w.t. dengan mengharapkan sesuatu selain Allah s.w.t., (walaupun bentuk tersebut tidak tercela menurut ulama' aqidah Islam, tetapi ianya tetap merupakan simbol ibadah yang tidak sempurna).



Di ayat tersebut juga menunjukkan sifat seseorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mengesakan Allah s.w.t. dalam ibadahnya kepada-Nya, iaitu, "mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t."



Apakah yang dapat difahami dari seseorang hamba yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t., yang menjadi sifat sempurna orang yang beriman? Kalaulah seseorang itu beribadah semata-mata mengharapkan syurga Allah s.w.t., adakah setelah kematian nanti, dia mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t. ataupun mengharap pertemuan dengan syurga Allah s.w.t.? Ingatlah bahawa, kenikmatan orang-orang yang ingin bertemu dengan Allah s.w.t. ialah sewaktu melihat Allah s.w.t. setelah dimasukkan ke dalam syurga Allah s.w.t (seperti yang diceritakan dalam Sahih Al-Bukhari), bukan terhenti setakat mengharapkan syurga Allah s.w.t. semata-mata.



Maka, ada dua petunjuk dari ayat tersebut menunjukkan bahawa, seorang hamba yang sejati ialah, yang mengharapkan Allah s.w.t. semata-mata dalam ibadah mereka, yang lahir daripada itu, kerinduan untuk bertemu dengan Kekasih-nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Kita juga sering mengungkapkan suatu ayat Al-Qur'an yang masyhur di awal setiap solat kita iaitu: "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah s.w.t."



Nah, kalaulah kita perlu beribadah untuk syurga Allah s.w.t., mengapa Tuhan s.w.t. tidak mengajarkan kepada kita lafaz "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana (untuk) mendapat nikmat syurga Allah s.w.t. atau untuk menjauhi neraka Allah s.w.t.?



Tuhan s.w.t. tidak pernah menyuruh kita untuk beribadah untuk mengharapkan ganjaran dan kepentingan selain dari mengharapkan keredhaan Allah s.w.t..



Terlalu banyak lagi ayat-ayat Al-Qur'an yang menegaskan tentang, tujuan kita beribadah semata-mata mengharapkan redha Allah s.w.t., bukan mengharapkan ganjaran-ganjaran yang bakal diberikan kepada para hamba-Nya yang taat, dari ibadah tersebut. Di kesempatan yang ringkas ini, cukuplah sekadar ayat-ayat yang telah kita nukilkan, menunjukkan niat dan tujuan kita beribadah hanyalah semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan kerana syurga atau neraka.



Rasulullah s.a.w. pula pernah bersabda dalam suatu hadis sahih: Sesungguhnya, amal perbuatan bersesuaian dengan niat. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah s.w.t. dan Rasul-Nya..." (Hadis Sahih).



Petunjuk yang dapat difahami dari hadis tersebut ialah, tentang niat kita dalam sesuatu amalan. Maka, Rasulullah s.a.w. memberi contoh hijrah dalam menjelaskan maksud utama sabda Baginda s.a.w. Maka, Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa, barangsiapa yang berhijrah bertujuan kerana Allah s.w.t. dan mengikuti perintah Rasul-Nya (s.a.w.), maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diingininya dan diterima Allah s.w.t. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, tujuan amal ibadah kita ialah kerana mengharapkan redha Allah s.w.t., bukan untuk mengharapkan nikmat syurga.



Banyak juga hadis-hadis lain yang menceritakan bahawa, TUJUAN BERIBADAH hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata. Namun, tidak cukupkah satu hadis yang sahih lagi masyhur dan jelas, untuk menunjukkan kepada kita bahawa, Rasulullah s.a.w. turut mengingatkan kita supaya beribadah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan sebagai simbol kepatuhan kita kepada Rasulullah s.w.t., yang menjadi tanda kecintaan kita kepada Allah s.w.t.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Saturday 23 October 2010

Keadilan Allah dalam Penciptaan Manusia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entri hari ini hanyalah peringatan buat diri sendiri dan anak-anak. Ummi ada ramai anak lelaki dibandingkan anak perempuan. Bilangan anak lelaki lebih ramai dari anak perempuan. Tetapi bila mereka berkahwin , yang lelaki bawa menantu perempuan, yang anak perempuan beri ummi menantu lelaki. Jumlahnya jadi sama juga.


Masing-masing,samada anak lelaki,menantu lelaki, anak perempuan atau menantu perempuan mempunyai tanggungjawap terhadap diri sendiri,keluarga dan ibu bapa.


Maka ummi catatkan peringatan ini buat anak menantu supaya mereka berwaspada terhadap tanggungan masing-masing.

Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

"Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.."


Maka itu setiap perempuan adalah dibawah tanggungan lelaki yang boleh dipanggil ayah,suami,datok,dan anak lelaki.


Kita baca peringatan ini , tanggunjawap seorang lelaki dan seorang perempuan.



Lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???


Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.


TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.


WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.


Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.


Wallahu a’lam.




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.




Tuesday 19 October 2010

Peringatan Buat Yang Alpa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di Antara Kalam Hikmah Imam asy-Syafi’i , Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi’i radhiyallahu ‘anhu berkata:-


1) Ilmu itu bukan apa yang dihafal, tetapi ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan.


2) Perbalahan dalam ilmu hanya akan mengeraskan hati dan menimbulkan permusuhan.


3) Siapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka dia tidak memiliki kemuliaan.


Siapa yang melihat dirinya lemah (di hadapan Allah Ta’ala), maka dia akan memperolehi istiqomah. Siapa yang sangat menginginkan dunia, maka dia akan menjadi hamba kepada pencintanya (dunia). Siapa yang puas dengan apa yang ada (bersifat qana’ah), maka dia tidak akan tunduk kepada orang lain.


4) Kebaikan dunia dan akhirat itu adalah lima perkara:

- Kaya jiwa,
- Tidak menyakiti orang lain,
- Hasil usaha yang halal,
- Pakaian taqwa,
- Kepercayaan teguh kepada Allah Ta’ala dalam setiap keadaan.


5) Lelaki itu tidak akan mencapai kesempurnaan melainkan dengan empat perkara:

- Kuat beragama
- Bersikap amanah
- Memelihara diri (daripada perkara yang menjatuhkan maruah)
- Bersikap tenang.


6) Siapa yang menegur saudaranya secara rahsia, bererti dia telah menasihatinya dengan ikhlas. Siapa yang menegur saudaranya secara terang-terangan, bererti dia telah memalukannya.


7) Tawadhuk itu adalah sebahagian daripada akhlak golongan yang mulia, manakala takbur itu adalah sebahagian daripada tanda golongan yang hina.


8) Apabila urusan menjadi banyak, maka mulakan dengan yang paling penting.


9) Siapa yang memiliki tiga perkara, bererti dia telah menyempurnakan imannya:

- Siapa yang menyuruh yang makruf serta melakukannya,
- Siapa yang mencegah yang mungkar serta meninggalkannya,
- Siapa yang menjaga batasan hukum-hakam Allah Ta’ala.



Wallahu a’lam.


Dipetik daripada kitab al-Manhaj as-Sawiyy Syarh Usul Toriqah as-Sadah Ba ‘Alawi karangan al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumait. Rujuk juga kitab Manaqib asy-Syafi’i karangan Imam al-Baihaqi, kitab Tahzib al-Asma’ wal Lughat karangan Imam an-Nawawi dan kitab Siyar A’lam an-Nubala’ karangan Imam az-Zahabi.




Buat Renungan :

Allah Ta’ala berfirman, mafhumnya: “(Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Siapa yang dikurniakan hikmah, bererti dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak..” [Surah al-Baqarah: 269]







Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.




Perkongsian dari Pondok Habib

Wednesday 25 August 2010

Beza Muslim, kafir di sisi Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




ALLAH mengasihi Muslim dan membenci kepada orang kafir. Setiap Muslim percaya kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir.




Muslim akan mendapat keselamatan daripada Allah, sedangkan orang kafir tidak. Muslim akan masuk ke syurga, manakala orang kafir ke neraka.

 

Ini memberikan suatu gambaran antara Muslim dan orang kafir tidak sama, bahkan ada perbezaan yang besar. Mengapa?


Sepintas lalu, Muslim mahupun bukan Muslim, semuanya daripada satu keturunan - Nabi Adam a.s dan semuanya dikurniakan pancaindera yang sama seperti tangan, kaki, mata dan telinga.


Mereka juga makan dari sumber yang sama, bahkan di negara kita, makanan terjamin halalnya.


Menarik nafas daripada udara yang sama, bahkan menikmati kehidupan di tanah air dan hasil bumi yang sama.


Allah yang menciptakan kita orang Islam adalah Pencipta orang bukan Islam juga, jadi kenapa ada perbezaan di antara kita orang Islam dan orang bukan Islam?


Mengapa pula kita semua kelak akan masuk ke syurga, sedangkan mereka ke neraka?


Tidak mungkin perbezaan itu hanya kerana berbezanya sepatah dua nama dengan seorang bernama Abdullah, manakala seorang lagi bernama John.


Mustahil juga hanya disebabkan seorang Muslim tidak memakan babi, manakala orang kafir memakannya atau seorang Muslim berkhatan dan rakannya yang bukan Muslim tidak berkhatan?


Apakah dengan perkara itu mengakibatkan kedudukan orang kafir di sisi Allah adalah rendah, dibenci dan dihumban ke neraka kemudian nanti sedangkan orang Islam ke syurga?


Tentu sebab perbezaan di atas tidak cukup kuat. Ini kerana ada juga orang bukan Islam turut berkhatan, tidak makan babi, tidak minum minuman keras, tidak berjudi dan tidak menganiayai orang.


Di mana perbezaan besar itu?

Sebenarnya Muslim dan bukan Muslim atau kafir adalah dua subjek yang memberikan pengertian, watak dan cara berlainan. Di sinilah perbezaannya.


Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kafir atau kufur ialah keingkaran terhadap Allah.


Memanglah Muslim dan kafir sama-sama manusia dan hamba Allah, tetapi Muslim diberikan kedudukan mulia kerana mengakui Allah, sedangkan orang kafir tidak mengakui-Nya lalu kedudukannya rendah.


Allah lebih menyayangi Muslim kerana mematuhi perintah-Nya, sedangkan orang kafir dibenci kerana tidak mengakui-Nya dan mengingkari perintah-Nya, bahkan langsung tidak kenal Allah.


Oleh kerana itu, Allah menjanjikan syurga kepada orang Islam, manakala orang kafir dijanjikan neraka. Adil bukan?


Dari perbincangan di atas, nyata juga kepada kita dua aspek yang membawa perbezaan di antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu aspek pengetahuan dan perbuatan.


Pengetahuan yang dimaksudkan seorang Muslim itu tahu Tuhannya, tahu perintah Tuhannya dan cara untuk melaksanakannya serta mengetahui perbuatan disukai dan dibenci Tuhan.


Apabila sudah tahu, dia harus bertindak menjadikan dirinya sebagai hamba Tuhan. Sebagai hamba kemahuan sendiri sekiranya bertentangan dengan kehendak Tuhan seharusnya diabaikan.


Orang kafir, tiada pengetahuan ini. Malah, segelintir yang mengetahuinya buat-buat tidak tahu, sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut daripada mengakui Allah adalah Tuhan.


Justeru, mereka dimasukkan dalam golongan membangkang dan ingkar, tidak mendapat limpahan rahmat daripada-Nya.


Sekarang, seandainya ada orang menyatakan dirinya Muslim, tetapi sama jahil seperti seorang kafir mengenai Islam dan turut sama membangkang, dapatkah kita katakan kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir?


Apa pula alasannya mengatakan dia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat?

Kita bangga kerana semakin ramai Muslim, sama ada Islam warisan atau pemelukan baru, tetapi apabila sudah ramai, bertengkar pula sesama sendiri. Kualiti pula belum boleh dikatakan cemerlang.

Islam bukanlah bersifat kesukuan, kekeluargaan dan persaudaraan yang langsung diwariskan orang tua kepada anak dan daripada anak kepada cucu-cicit.

Kedudukan sebagai Muslim tidak diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperoleh kedudukan tinggi walaupun bodoh dan jahat perangainya kerana dia memang lahir dalam keluarga berkedudukan tinggi.



Sementara anak daripada orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah kerana memang dia lahir dalam keluarga yang hina.


Nabi Ibrahim a.s misalnya dilahirkan di tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi baginda tidak menyembah sama, malah baginda menggunakan fikiranya untuk mengenali Allah dan mentaati perintah-Nya.


Sebaliknya putera Nabi Nuh a.s lahir dalam keluarga seorang nabi, tetapi tidak mengerti mengenai Allah dan tidak mentaati-Nya.


Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya.


Apa pun perbezaan antara seorang dengan yang lain, baik pada kedudukannya, layanan dan akibatnya kemudian hari, dalam pandangan Allah hal itu berhubung erat dengan pengetahuan dan perbuatan.


Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti Allah, tahu jalan yang benar ditunjukkan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya.


"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..." (Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)


Ertinya, kedudukan sebenar bukanlah dinilai melalui keturunan dan suku kaum orang itu, tetapi keimanan dan ketakwaannya.


Semakin banyak pengetahuan mengenai Allah, semakin taat kepada perintah-Nya, akan semakin tinggi pulalah kedudukan pada mata Allah.




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Saturday 14 August 2010

Cukuplah Allah bagiku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya " Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi..



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. "(al-Baqarah ayat 186.)



Berpegang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata.. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:



1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya



2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita



3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya



Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.



Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung 100% kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.



Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita..



Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah az-Zumar ayat 53)



Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.



Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.



Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.



Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah.. perjalanannya sentiasa tenang dan damai.. hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin.. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang... " (Surah Maryam ayat 19 )




Aku hidup dalam kenangan,
 Imbauan rindu sering bertandang,
 Sumber kekuatan di akan datang.

Friday 13 August 2010

Membumikan Sholawat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari Jumaat, dimulakan catatan dengan bicara sholawat. Kenapa bersholawat ?


Pertama sudah tentu kerana ianya perintah Ilahi dan ianya merupakan wasilah untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t dan Junjungan Nabi s.a.w.


Hadits masyhur lagi sahih riwayat Imam Muslim dan lainnya menyatakan Allah mengurniakan 10 sholawat yakni rahmat kepada orang yang mengungkapkan 1 satu buat hadrat Junjungan s.a.w. Apa nilainya sholawat dari kita berbandingkan sholawat Allah. Sebesar debu pun tidak bernilai, tetapi Allah tetap mengurniakannya bukan kerana dirimu tetapi kerana kekasihNya, Junjungan Nabi s.a.w.


Sholawat juga wasilah untuk menyampaikan diri kita ke hadrat Junjungan Nabi s.a.w. kerana disebut dalam hadits bahawa setiap sholawat dan salam yang diucapkan akan dipersembahkan ke hadrat Junjungan s.a.w. dengan disebut nama kita dan dibalas oleh Junjungan s.a.w., justru apa juga nilai sholawat kita berbanding balasan dari Junjungan s.a.w.


Oleh itu wahai saudara, bumikanlah sholawat, jangan dibiarkan ahli langit sahaja mendapat kemuliaan dengan sholawat, sedangkan kita yang di bumi ini diam membisu hatta apabila nama Junjungan s.a.w. disebut atau lidah kita di bumi lebih sering menyebut yang sia-sia berbanding bersholawat.


Bumikanlah sholawat, nescaya para ahli langit akan mendoakan kesejahteraan kalian sewaktu kalian berada di atas bumi dan juga di dalam bumi nanti.

Menurut Imam Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya "Bahjatun-Nufus":- "Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah s.a.w.


'Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)-Nya.'


Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan s.a.w. seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah r.a., Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali."


Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.


Allahumma sholli wa sallim wa baarik 'alaihi wa 'ala aalih.


Daripada Abdullah bin Mas’ud al-ansori r.a. Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.” Riwayat al-Nasa’i dan IbnHibban . Sumber : 300 Hadis Bimbingan


Lantas marilah kita berselawat sepenuh hati  ke atas Junjungan Nabi  kita Muhammad S.A.W.. Sabda Nabi S.A.W

 “Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluhkali”







Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Sumber rujukan : BAHRUS SHOFA

Thursday 12 August 2010

Hakikat Ikhlas

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a. dalam kitabnya "Ayyuhal Walad" berpesan:

"Wahai anakku yang dikasihi, engkau bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah ta`ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan kejian mereka.






Allahummaj `alna minal mukhlisin.










Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang ,
Sumber kekuatan di akan datang.




Wednesday 4 August 2010

Bermanja Dengan Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kata-kata ustazah yang paling diingati, "Masa sujud di dalam solatlah adalah masa yang terbaik untuk kita hambaNya berdoa kepada Allah. Pada masa inilah kita nak bermanja dengan Allah. Kita nak mengadu dan sebagainya"


Sebuah hadith dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)



Selalu kita bermanja dengan orang yang disayangi seperti mak , ayah, kakak, datok, nenek, sahabat dan jika telah berkahwin dengan pasangan kita. Bermanja membawa maksud 'menyalurkan' kasih sayang pada orang tersebut atau mungkin inginkan kasih sayang dan perhatian dari orang tersebut pada waktu itu.



Ataupun ingin release problem/stress maka bermanja dengan seseorang sebagai langkah untuk meredakan. Bagaimana caranya? Terpulang pada individu. Asalkan kedua-dua pihak selesa dengan cara itu.


Namun untuk bermanja dengan manusia ini pula kena lihat masa, keadaan dan tempat juga. Tidak boleh lah nak bermanja ketika orang sibuk atau ditempat awam. Jika kita sebuk nak bermanja ketika orang tengah sibuk,bukan belaian yang diperolehi sebaliknya marah yang diraih. Begitu juga tempat nak bermanja, tak kan di tepi jalan, dalam kereta atau pasar. Sedangkan ketika itu kita memang sangat-sangat tertekan dan ingin melepaskannya dengan bermanja pada yang disayang.


Maka kita boleh tukar bermanja dengan manusia kepada bermanja dengan Allah. Tidak semestinya ketika sujud sahaja, tetapi dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja berada. Samada ditempat awam, di kala sendirian atau di kala kegelisahan melanda diri. Bermonolog lah dengan Allah dengan suara mendayu-dayu...


Kita boleh salurkan kasih sayang kita kepada Allah tanpa mengira masa,tempat, suasana dan keadaan. Tambahan di saat kita memerlukan seseorang tetapi orang itu pula tidak ada. Maka dengan bermanja dengan Allah, hati kita akan cepat rasa lega. Allah akan berikan jalan jika kita sedang buntu untuk menyelesaikan sesuatu.


Ketika bermanja dengan Allah, nyatakan kegusaran kita itu dengan penuh pengharapan seperti mana kita bermanja dengan suami atau mak atau nenek. Bila selalu bermanja dengan Allah, lama-lama akan terbit rasa rindu bila lama tidak buat. Maka marilah kita ubah kehidupan kita,dengan tidak mengharap kepada manusia sahaja untuk bermanja, tetapi alihkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.






Friday 23 July 2010

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mahu negara berubah, mahu orang berubah, bercita-cita mahu ubah pekerja, tetapi malangnya anak, adik beradik suami atau isteri masih tidak mampu diubah.



Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain?


Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri.


Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan.


Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan.(Diri sendirilah ni )


Elok juga difikirkan perbandingan ini, kalau hendak membina rumah apalah ertinya memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina.


"Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri.


Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.


Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.



Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.



Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.


Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.


Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.



Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.


Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.


Ini adalah peringatan khas ditujukan untuk diri sendiri yang selalu lupa dan hanya pandai berkata-kata. Sebab itu, kenapa ummi tidak berjaya mengubah diri orang lain kerana diri sendiri pun masih ditakuk lama. Ya Allah permudahkan urusan diriku ini.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.




Thursday 22 July 2010

Bahagia itu Ada di mana-mana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Orang kata, kalau ikut Islam boleh tenang, bahagia. Dan kita, hari-hari bersembahyang. Namun ketenangan dan kebahagiaan yang dicari-cari, tetap tak kunjung tiba. Mengapa???


Kiranya bahagia itu tidak dapat diukur dengan mata kasar, kerana pandangan mata selalunya menipu. Masakan melihat seorang wanita dengan lengan yang bersusun dengan gelang permata kita sudah boleh mengatakan dia bahagia...


Namun..... bahagia dapat dirasa di hati, boleh dikesan pada wajah. Sebaliknya jika tiada, hati boleh merasa dan tak mungkin ditipunya. Kadang-kadang, pada lahirnya sesebuah keluarga itu sudah nampak aman damai. Namun, hakikatnya hati para penghuninya masih tak bahagia. Mengapa? Rasa-rasa masih ada lagi yang kurang...


Ketenangan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa.
Mereka yang mendapat ketenangan seperti mendapat syurga yang disegerakan (Al-Jannatul Ajilah) sebelum mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat. Mereka yang telah menikmatinya tidak akan terpengaruh dengan suasana untuk mendapat tenang dan bahagia.


Justeru setiap apa yang dilakukan di atas muka bumi ini, bukan untuk mengejar bahagia. Tapi atas rasa dirinya sebagai hamba yang perlu mentaati perintah dan menjauhi larangan Tuhan, demi mendapatkan keredhaanNYA. Dalam berseorangan pun mereka rasa bahagia, apatah lagi ketika ramai. Sewaktu susah dan kesempitan pun mereka rasa bahagia, apalagi di kala senang dan lapang. Keredhaan Allah cukup besar maknanya bagi mereka.


Namun, tidak semestinya pula mereka miskin, jika dalam kaya itu ada keredhaan Allah. Dan tidak semestinya mereka susah kalau dalam senang dan lapang itu terdapat kecintaanNYA. Islam adalah cara hidup mereka dan kebahagiaan mereka. Islam dijadikan pegangan bukan kerana mahukan kebahagiaan, sebagai kebebasan, untuk lari dari masalah. Kerana orang yang ikut Islam kerana hendakkan bahagia, bila gagal menemui ketenangan dan kebahagiaan setelah Islam diamalkan, tak mustahil mereka akan berpaling kepada cara hidup yang lain.


Sebab itu ada orang merasakan Islam ini adalah penjara kepada orang mukmin. Penjara adalah satu tempat kurungan,tidak boleh bebas berbuat sesuka hati,kena patuh pada peraturan,kena taat pada suruhan dan larangan. Maka bila kita redha Islam itu sebagai penjara,maka kita akan rasa lapang dada dan bahagia juga boleh dicapai di dalam keadaan mentaati larangan dan suruhan asalkan berbuat kerana yang menyediakan larangan dan suruhan itu.


Mereka yang bahagia dengan Islam adalah mereka yang mengatur seluruh aspek kehidupan secara Islam kerana merasakan dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada PENCIPTANYA dan Islam itu tidak sekali-kali dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan keindahan dan kebahagiaan sementara. Indahnya Islam bagi mereka kerana ia merupakan syariat Allah yang sangat syumul dan praktikal.


Bahkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, ada antara mereka yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang dan kehilangan kebahagiaan dalam keluarga. Tetapi, mereka masih dapat merasa tenang kerana merasakan segala yang datang itu, hakikatnya adalah dari Allah jua. Sebagai hamba, tidak selayaknya dipersoalkan ketetapan Allah yang tentunya mempunyai maksud di sebaliknya.


Seperti Siti Asiah isteri Firaun, rela diseksa oleh suaminya lantaran mempertahankan iman yang berharga. Begitu pula Nasibah yang bersungguh-sungguh melepaskan suami dan anak-anaknya yang masih muda ke medan perang, dan Ummu Habibah, isteri baginda Rasulullah yang sanggup berpisah dengan bekas suaminya yang kembali kepada kekufuran, kerana mahu mempertahankan iman.


Kerana cinta dan redha Allah itu adalah segala-galanya, hingga berkata Rabiatul Adawiyah; "...Jika di dalam Neraka itu ada redha-MU, campakkanlah aku ke dalamnya."


Ketenangan akan datang dalam diri bilamana dapat dirasakan, segala yang datang itu hakikatnya dari Allah jua.


Wallahua'lam...




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Sunday 11 July 2010

Hindarilah Akan Hasad Dengki

Hasad dengki ibarat kaktus berduri yang
kita letakkan bersama-sama dalam terarium.


Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.


Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."


Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:



1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.



2. Berasa Diri Mulia.

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.



3. Takbur.

Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.



4. Ujub.

Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.



5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.

Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.




6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.

Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.



7. Busuk Hati.

Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.


Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Wassalam


Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.