BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 31 May 2010

Kasih Sayang 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ
Maksudnya:

"Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. "(Surah Al-Balad, ayat 17)


Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini samada dia bergelar insan atau pun binatang. Cuma tahap kasih sayang yang membezakan antara satu sama lain.

Tiada manusia yang benci kepada kasih sayang walau sekejam mana pun dia namun hati nuraninya turut merindui belaian kasih sayang daripada insan lain. Berapa banyak jiwa yang melayang kerana hilangnya peri kemanusiaan dalam diri dan berapa ramai yang menjadi mangsa fitnah setelah lenyapnya kasih sayang sesama sendiri.

Negara dikejutkan dengan ibu atau bapa sanggup menikam serta mengelar anak sendiri manakala anak pula menetak ibu atau bapa.Itu belum dikira dengan pencabulan dan pembunuhan terhadap perempuan termasuk pelajar sekolah. Apakah yang merasuk dan meresap ke dalam jiwa mereka sehingga sanggup melakukan jenayah yang kejam ini.


Nabi pernah berpesan bagaimana tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya begitu juga apa yang dibenci berlaku kepadanya maka perkara yang sama juga mesti diraikan terhadap orang lain.

Jangan perkara yang elok hanya mesti dilakukan kepadanya sedangkan dirinya tidak pernah menghormati perasaan orang lain. Rasulullah s.a.w sendiri ketika menjawab pertanyaan seseorang yang baru memeluk Islam di mana dia meminta keizinan untuk berzina lalu nabi dengan lembut bertanya kepadanya tentang kesanggupannya jika ada orang lain yang berzina dengan ibu atau saudara perempuannya. Lantas dia menjawab bahawa dia akan membunuh sesiapa yang berani berzina dengan ibu atau saudara perempuannya maka Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa perkara itulah juga yang dirasai oleh lain apabila ada dikalangan keluarganya yang diaibkan.

Islam telah meletakkan garisan yang jelas tentang kasih sayang di mana kita mestilah berkasih sayang kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

Banyak kisah yang menyedarkan kita bagaimana nikmatnya jika berkasih sayang kerana Allah antaranya bagaimana kisah 2 persahabatan di mana salah satunya bersahabat kerana Allah manakala yang satu lagi kerana dunia semata-mata.

Akhirnya salah seorang yang bersahabat kerana Allah meninggal dunia di mana semasa berada di dalam kubur dia dapat merasai nikmat kubur lalu dia merasakan bahawa kawannya yang masih hidup telah banyak berdoa kepadanya. Dia turut berdoa agar kawannya yang masih hidup dapat hidup dalam keadaan bahagia di bawah bumbung rahmat dan kasih sayang Allah. Kemudian kawannya itu pula meninggal dunia lalu mereka berdua bertemu di dalam kubur dan saling memuji antara satu sama lain.Si yang telah lama mati memuji kawannya kerana banyak berdoa kepadanya yang membolehkan dia memperolehi nikmat kubur manakala kawannya yang baru mati pula memujinya kerana banyak berdoa sehingga dia dapat merasai kebahagian hidup dan senang selepas mati.


Kisah dua orang yang bersahabat kerana dunia semata-mata pula di mana apabila salah seorang daripadanya telah meninggal dunia lalu dia disiksa di dalam kubur yang menyebabkan dia mengutuk kawannya yang masih hidup atas alasan sebab kawannya itulah dia tersiksa. Apabila kawannya itu pula mati lalu mereka bertemu dan saling mengutuk antara satu sama lain di mana masing-masing saling menuduh bahawa kawannya itulah yang menyebabkan mereka lalai dengan dunia yang membawa kepada mereka terseksa di dalam kubur.

Semoga kisah ini dapat membuka lagi hati nurani kita untuk meletakkan kasih sayang pada tempat yang betul dengan mengikut neraca Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang


Sunday 30 May 2010

Kasih Sayang


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji bagiMU ya Allah,
Yang Menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antaranya.

Ya Allah Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terdetik di hatiku, maka bantulah memudahkan urusan ku, ikatlah kasih sayang antara makhluk yang kau anugerahkan kepada ku dengan tali MU, simpulkan ia di dalam redha dan rahmat MU.

Di mana kita berada kasih sayang itu mengikut kita kerana kasih sayang berada di dalam hati. Itu kehendak Allah walaupun kita berusaha untuk memutuskannya. Kasih sayang itu sesuatu yang ghaib, yang ajaib, yang murni dan yang tulus. Hati tidak boleh di dustai. Dan jika kita berusaha menapikan, ia akan menjadikan diri sendiri menderita. Kasih sayang itu bukan lahir kerana nafsu atau dipaksa. Menidakkan keujudan kasih sayang itu akan memakan diri sendiri sahaja. Menjadikan diri seperti mayat hidup tanpa manafaat.







Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang. Tidak ada sedikitpun kelembutan pada diri mereka. Hati mereka keras bagaikan karang. Kaku tabiat, baik ketika memberi maupun menerima. Kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiannya. Berbeda halnya dengan orang yang dikurniai Allah Ta’ala hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Dialah yang layak disebut pemilik hati yang agung penuh cinta. Hati yang diliputi dengan kasih sayang dan digerakkan oleh perasaan yang halus.

Dari Anas bin Malik Radhiallaahu anhu ia berkata, yang artinya: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR: Al-Bukhari)

Kasih sayang tersebut tidak hanya terkhusus bagi kerabat beliau saja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘Umeis Radhiallaahu anha –isteri Ja’far bin Abi Thalib- menuturkan, yang artinya:

“Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menetes air mata beliau. Aku bertanya: “Wahai Rasululloh, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” beliau menjawab: “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kamipun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata: “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, karena telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.” (HR: Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes menangisi gugurnya para syuhada’ tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah Radhiallaahu anhu bertanya: “Wahai Rasululloh, Anda menangis?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menjawab: “Ini adalah rasa kasih sayang yang Allah Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR: Al-Bukhari)

Ketika air mata Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menetes disebabkan kematian putra beliau bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallaahu anhu bertanya kepada beliau: “Apakah Anda juga menangis wahai Rasulullah?” Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan tetesan air mata. Sesungguhnya air mata ini menetes, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR: Al-Bukhari)

Akhlak Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam yang begitu agung memotivasi kita untuk meneladaninya dan menapaki jejak langkah beliau. Pada zaman sekarang ini, curahan kasih sayang terhadap anak-anak serta menempatkan mereka pada kedudukan yang semestinya sangat jarang kita temukan.

Padahal mereka adalah calon pemimpin keluarga esok hari, mereka adalah bakal tokoh masa depan dan cahaya fajar yang dinanti-nanti. Kejahilan dan keangkuhan, dangkalnya pemikiran serta sempitnya pandangan menyebabkan hilangnya kunci pembuka hati terhadap para remaja dan anak-anak.

Sementara Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam, kunci pembuka hati itu ada di tangan dan lisan beliau. Cubalah lihat, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa membuat anak-anak senang kepada beliau, mereka menghormati dan memuliakan beliau. Hal itu tidaklah mengherankan, karena beliau menempatkan mereka pada kedudukan yang tinggi.

Setiap kali Anas bin Malik melewati sekumpulan anak-anak, ia pasti mengucapkan salam kepada mereka. Beliau berkata, yang artinya: “Demikianlah yang dilakukan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam .” (Muttafaq ‘alaih)

Meskipun anak-anak biasa merengek dan mengeluh serta banyak tingkah, namun Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam tidaklah marah, memukul, membentak dan menghardik mereka. Beliau tetap berlaku lemah lembut dan tetap bersikap tenang dalam menghadapi mereka.

Dari ‘Aisyah Radhiallaahu anha ia berkata, yang artinya: “Suatu kali pernah dibawa sekumpulan anak kecil ke hadapan Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam , lalu beliau mendoakan mereka, pernah juga di bawa kepada beliau seorang anak, lantas anak itu kencing pada pakaian beliau. Beliau segera meminta air lalu memer-cikkannya pada pakaian itu tanpa mencucinya.” (HR: Al-Bukhari)

Wahai pembaca yang mulia, engkau pasti mengetahui bahwa duduk di rumah Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam merupakan sebuah kehormatan. Lalu, tidakkah terlintas di dalam lubuk hatimu? Bermain dan bermesra ria dengan si kecil, putera-puterimu? Mendengarkan tawa ria dan celoteh mereka yang lucu dan indah? Ayah dan ibuku sebagai tebusannya, Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam selaku nabi umat ini, melakukan semua hal itu.

Abu Hurairah Radhiallaahu anhu menceritakan: “Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam pernah menjulurkan lidahnya bergurau dengan Al-Hasan bin Ali Radhiallaahu anhu. Iapun melihat merah lidah beliau, lalu ia segera menghambur menuju beliau dengan riang gembira.” (Lihat Silsilah Shahihah no.70)

Anas bin Malik Radhiallaahu anhu menuturkan, yang artinya: “Rasululloh sering bercanda dengan Zainab, putri Ummu Salamah Radhiallaahu anha, beliau memanggilnya dengan: “Ya Zuwainab, Ya Zuwainab, berulang kali.” (Zuwainab artinya: Zainab kecil) (Lihat Silsilah Hadits Shahih no.2141 dan Shahih Al-Jami’ 5-25)

Kasih sayang beliau kepada anak tiada batas, meskipun beliau tengah mengerjakan ibadah yang sangat agung, yaitu shalat. Beliau pernah mengerjakan shalat sambil menggendong Umamah putri Zaenab binti Rasululloh dari suaminya yang bernama Abul ‘Ash bin Ar-Rabi’. Pada saat berdiri, beliau menggendongnya dan ketika sujud, beliau meletakkannya. (Muttafaq ‘alaih)

Mahmud bin Ar-Rabi’ Radhiallaahu anhu mengungkapkan, yang artinya: “Aku masih ingat saat Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam menyemburkan air dari sebuah bejana pada wajahku, air itu diambil dari sumur yang ada di rumah kami. Ketika itu aku baru berusia lima tahun.” (HR: Muslim)

Rasululloh Shalallaahu alaihi wasalam senantiasa memberikan pengajaran, baik kepada orang dewasa maupun anak-anak. Abdullah bin Abbas menuturkan: “Suatu hari aku berada di belakang Nabi Shalallaahu alaihi wasalam, beliau bersabda, yang artinya: “Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: “Jagalah (perintah) Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Alloh, pasti kamu selalu mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Alloh, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” (HR: At-Tirmidzi)

Telah kita saksikan bersama keutamaan akhlak dan keluhuran budi pekerti serta sejarah kehidupan yang agung. Semoga semua itu dapat menghidupkan hati kita dan dapat kita teladani dalam mengarungi bahtera kehidupan. Putera-puteri yang menghiasi rumah kita, selalu memerlukan kasih sayang seorang ayah serta kelembutan seorang ibu. Memerlukan belaian yang membuat hati mereka bahagia. Sehingga mereka dapat tumbuh dengan peribadi yang luhur dan akhlak yang lurus. Siap untuk memimpin umat, sebagai buah karya dari para ibu dan bapa, tentu saja dengan taufik dari Alloh Subhanahu wa Ta’ala.

(Sumber Rujukan: Sehari Di Kediaman Rasululloh Shallallahu’alaihi Wasallam, Asy-Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim)

Wahai anak mak, apa yang ada pada mak, tiada pada mu? Hari itu,kamu berkata:

"sebutkan apa anda ada,yang tiada pada saya"

" dimana nak beli ibubapa"

Apa yang risaunya tak ada ibu bapa?

Rasullulah pun yatim piatu dari kecil. 2 bulan dalam kandungan, bapa baginda wafat. Umur 6 tahun, bonda baginda pula wafat. Maka jadilah baginda anak yatim piatu. Kehendak Allah baginda mudah menerima dan memberikan kasih sayang.


Insya Allah selama kita masih hidup di dunia ini kita boleh memberikan kasih sayang kepada siapapun tanpa memandang status orang itu dan tanpa mengharapkan apapun dari orang lain.

Billahi fisabilil haq fastabiqul khairat assalam. wr. wb.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.

Thursday 27 May 2010

Sepi Itu Indah




Sabda RasulAllah saw : Ada dua kalimat yang ringan di lidah namun sangat berat timbanganya di neraca Allah.

سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu denganMu, Ya Allah..."








ADAKALANYA SEPI ITU INDAH


Benarkah sepi itu indah?...

Sepi itu telah lama bersama ku…

Dari dulu, kini dan ……..

Bila sepi itu menjenguk ku…

Aku berusaha menjadikan sepi itu indah…


Tapi hakikatnya…

Sepi itu kekosongan…

Sepi itu keseorangan…

Sepi itu kesunyian…

Sepi itu kemurungan…

Sepi itu kesedihan…

Sepi itu kedukaan…

Sepi itu kesakitan…

Sepi itu jauh dari insan dan…

Sepi itu jauh dari Tuhan…


Ya Allah, ya Tuhan…
kiranya telah Kau takdirkan…
aku sendirian begini…
aku redha, ya Allah…
kerana telah kuyakini…
sepi itu indah…
seindah kasihMu, ya Allah...

Maka Ya Allah,

Janganlah

Kerana Sepi

Aku jauh dari MU,

Sebaliknya,

Jadikan sepi ini,

Adalah waktu-waktu yang memang

Engkau luangkan untukku berkasih dengan MU

Mengenali MU

Dan

Berusaha aku mengatur langkah

Untuk

Berjalan menuju MU...


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, 
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu 
tetap hidup dalam kenangan.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang



Wednesday 26 May 2010

Sucikah hati, Bersihkan Jiwa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Pada hari (kiamat) ketika tidak lagi bermanfaat harta maupun keturunan, kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.”
(QS. Asy-Syu’araa’ : 88-89).


Ntah kenapa hari ini tiba-tiba ummi dikejutkan dengan suatu permohonan yang mendukacitakan. Tak tahu mana ribut atau badai yang melanda, tiba-tiba berita itu yang ummi baca di awal pagi. Ummi cuma bimbang terdapat salah faham dan silap tafsir sahaja di dalam hal ini.

Ummi telah cuba emailkan untuk mengetahui hujung pangkal bicara, tetapi email yang ummi hantar, "failure notice" yang ummi terima. Bermakna akaun email itu telah ditutup.



Maka tidak ada penjelasan, pencerahan di dalam perkara itu. Ummi cuma bimbang jika ada salah faham dan silap tafsir yang memabwa kepada buruk sangkaan akan menjadi perhitungan ketika di padang Mahsyar nanti. Ini akan melambatkan proses mizan dan hisab.


Sebaiknya berlaku adil, telus, maka baiklah antara kita sesama manusia berterus terang walaupun ia pahit,pedih dan akan melukakan. Kita hidup ini bukannya lama mana lagi. Lagi pun tujuan hidup adalah mencari bekal buat di Barzakh nanti. Jadi jika ada salah faham, silap tafsir, baiklah berterus terang dan bertanya. Jangan beremosi dan bersangka-sangka...

Sebagai pengubat hati dari terus bersangka-sangka, maka sucikan hati bersihkan jiwa kita dengan selalu bertaubat... (dengan Allah kita boleh mohon ampun,dan sifat Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tetapi dengan manusia,kita perlu settlekan dahulu...so  bagaimana?)


Taubat Cara Bersih Jiwa, Sucikan Hati



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Kebersihan batin penting bagi menjadikan diri kita insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya:

"Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati." (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya bermaksud:

"Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan.

Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, kita hendaklah menguatkan iman bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.

Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.

Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.

Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.

Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya.

Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan. Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya.

Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan).

"Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."

Abdullah bin Mubarak berkata: "Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Tuesday 25 May 2010

Azab Tinggalkan Solat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas. “YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang. Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram, dan  berdosa. Seksa orang itu, Allah subhanahu wata’ala taala akan membalasnya dengan 15 seksa, 6 seksa di dunia, 3 diseksa diterima ketika hendak mati, 3 seksa berlaku di dalam kubur dan 3 seksa diterima semasa hari kiamat.



1. Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalaupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong). Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi manafaat dalam hidupnya.



2. Allah subhanahu wata’ala taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.



3. Segala apa kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah subhanahu wata’ala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.



4. Tidak makbul oleh Allah subhanahu wata’ala akan doanya., Doa ditolak.



5. Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.



6. Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya, terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.



Bertanya kepada sahabat itu, YA Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal matinya.



7. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam Adalah matinya sehina-hinanya, mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.



8. Matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuap pun kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.



9. Matinya dalam keadaan dahaga , walaupun sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga kerana sakit.



Bertanya sahabat, Ya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam Apakah seksa yang akan diterima di dalam kuburnya.



10. Sabda rasulullah Allah subhanahu wata’ala taala sempit akan kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya, kuburnya gelap,



11. Diazabkan dengan api neraka dan ia berbalik-balik di atas bara api neraka siang dan malam.,



12. Didatangkan ular bernama ‘Sajahul ikrak’ yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan suaranya, bagai guruh ia datang kepada si mati sambil berkata’ Akulah Sajahul Iqrak’ yang disuruh oleh tuhanku memukul sekiranya si mati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zuhur, Zuhur hingga ke Asar, dari Asar hingga ke Maghrib, Maghrib hingga ke Isyak. Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat. Tiap kali dipukulnya si mati tengelam 70 hasta masuk ke dalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya, begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak berhenti-henti hingga hari kiamat.



Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.



Bertanya sahabat, Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apakah pula seksa yang diterima di hari kiamat



13. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam Pertama dihalau oleh malaikat azab kepada neraka jahanam



14. Memandang Allah subhanahu wata’ala taala kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan berat hingga jatuh daging mukanya.



15. Dihisab oleh Allah subhanahu wata’ala taala dengan kiraan yang halus dan dihantar ke neraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.


Maka solatlah kamu di belakang imam sebelum kamu disolatkan di hadapan imam.




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.






Yang Mana Kita?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Halwa dan madu buat diriku sendiri dalam menjalani kehidupan dan berjalan menuju kepada Allah yang Maha Pengasih. Allah yang menciptakan setiap kejadian di alam ini. Dengan keagungan dan kebesaranNYA ada hikmah disebalik setiap penciptaan dan kejadian itu.





Andaikan ada 3 orang berbeza meminjam sebuah mangkuk kristal daripada kita...



Selang beberapa tempoh masa, orang pertama memulangkan mangkuk tersebut dalam keadaan bersih, cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di dalam almari perhiasan seperti keadaan asalnya.


Orang kedua pula memulangkan mangkuk tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, ada kesan karat yang tidak hilang. mangkuk tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kita akan berusaha menghilangkan kesan-kesan kotoran itu mungkin dengan varnish atau dettol kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya.


Orang ketiga pula memulangkan mangkuk tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara mangkuk mahupun serpihan kaca kristal. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah.


Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita, Iaitu syurga...


Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga...


Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat mangkuk kristal yang pecah; tiada nilai lagi...

Semoga bermanfaat pada kita, renung-renungkan lah dan timbang-timbang dengan minda yang terbuka dan rasional...



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.


4 Perkara Dalam Perjalanan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terdapat 4 perkara yang sering berlaku di dalam kehidupan kita, samada di sedari atau pun tidak. 4 perkara ini kadang-kadang dipeduli, kadang -kadang buat tak kisah sedang itulah perkara-perkara yang membawa kita berjalan menuju Allah.



Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:



" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.



Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka;


1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.



Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-



1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya.

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik amalnya di hari kiamat ."



Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:



1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.



Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:



1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama.

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.



Begitulah 4 perkara yang jika kita lalai, akan merosakkan perjalanan kita menuju Allah SWT. Maka berhati-hati, beringat-ingat dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran sesama kita. Tidak perlu kita pertikaikan adakah pesanan -pesanan dari sahabat atau teguran dari sesiapapun itu ikhlas atau tidak. Ketulusan dan keikhlasan adalah di dalam penilaian Allah SWT sahaja. Itu hak Allah yang akan diberikan atau diperlihatkan semasa di akhirat nanti.




Wallahuaklamubissawab




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Kelebihan menuntut ilmu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR Abu Daud)







Terdapat beberapa hadith yang menyatakan kelebihan menuntut ilmu. Semua manusia adalah sama sahaja. Perbezaan antara manusia adalah dari ilmunya. Di sisi Allah pula, semua manusia sama kecuali yang takwa.


Nabi bersabda:
Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, orang yang alim ataupun yang belajar.(HR Tirmizi)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang menuju ke masjid semata2 untuk menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama orang yang menunaikan haji yang sempurna hajinya.(HR Tabrani)

Oleh itu marilah kita sama-sama menuntut ilmu. Terutamanya ilmu yang di wajibkan secara fardu ain.


Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu fekah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya samada yang berkaitan dengan ibadat(taharah, wuduk, solat, tayamum,  puasa dll) kita, muamalat kita (jual beli, sewa, urusan bank,dsbgainya), urusan pernikahan(bagi yang nak menikah), hubungan laki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan pengurusan jenazah.

2. Ilmu tauhid: Secara ringkas dia kena mengetahui tentang ketuhanan, rasul, rukun Islam,rukun iman dan perkara-perkara yang ghaib.

3. Ilmu Tasawuf: Ummi suka katakan ilmu Pemurniaan Hati, Kena tahu penyakit-penyakit hati seumpama riya’, ujub dsbgainya dan cara nak merawatinya. Ia perlu dilakukan secara berterusan dibawah pengawasan guru yang baik.


Ketiga-tiga ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerana ianya diperlukan selagi mana kita bernafas, ianya lebih penting dari makanan dan minuman. Tanpa makanan kita akan teseksa sekejap dan akan mati, tapi jika tanpa ilmu ini akan menyebabkan mati hati dan ruh kita dan boleh menyebabkan suul kahtimah dan berkekalan di neraka.


Sekian tazkirah pendek buat ingatan dan renungan bersama kepada pembaca budiman yang rajin membaca tulisan ummi. Mohon maaf dipinta jika ada kekurangan dan kelemahan ummi di dalam mengarap minda dicanai pada laman ini.


Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan diakan datang.

Monday 24 May 2010

Ada10 Jenis Tangisan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kali ini ummi mahu bercerita berkaitan tangisan. Sebabnya ummi ni jenis seorang yang amat mudah menangis. Mudah sangat berasa sedih, simpati dan kasihan. Itulah jiwa ummi. Selalu meletakkan diri di situasi seseorang yang mengalami kedukaan. Tapi tidaklah ummi menangis sampai meraung dan merintih. Menangis sekadar air mata mengalir membasahi pipi.






Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10)Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An
Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ?

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu.”

Air mata yang tiada di tuntut - Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita, bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu?..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a, Aku menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.



Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.

Berjalan Menuju Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dari awal penglibatan ummi diarena penulisan dan dimana-mana sering ummi menulis bahawa kita ini hidup di dunia dalam perjalanan menuju Allah. Tidak pasti adakah pembaca memahami maksud yang ummi tulis berkaitan perjalanan menuju Allah.



Hari ini,sejenak tadi ummi terfikir kenapa tidak ummi berikan sedikit input yang dikatakan berjalan menuju Allah. Perkataan ini sering ummi dengar semasa ummi mengikuti kelas "Pemurnian Hati" dibawah bimbingan zauj ummi sendiri dengan menadah kitab Al-Hikam yang di tulis oelh Imam Ibnu Athaillah Askandary.

Terdapat 2 Rukun perjalanan menuju Allah.

Sa’id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian.

Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya



Rukun pertama: Ilmu

Bukanlah menjadi satu keraguan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang al-Qur’an dan al Sunnah serta ilmu tentang segala yang diperlukan oleh Salik(hamba) dalam perjalanannya menuju Allah SWT. Sekurang-kurangnya setiap salik mestilah melengkapkan dirinya dengan kesemua ilmu fardu ‘ain, iaitu ilmu yang setiap muslim dituntut mempelajarinya.


Setiap muslim wajib mengetahui segala perbuatan yang wajib dilakukannya, agar ia tidak meninggalkannya; dan juga perbuatan yang haram dilakukannya, agar ia terhindar daripada melakukannya. Setiap perbuatan yang wajib dilakukan, maka mempelajari ilmunya juga menjadi wajib, Ini adalah kerana tanpa ilmu tentang sesuatu, maka seseorang tidak mungkin dapat melakukan sesuatu itu dengan betul, sesuai dengan kehendak syariat.


Imam Ghazali mengingatkan kita di dalam kitabnya Ihya Ulum Al-Din, bahawa di antara ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu mengenai jalan menuju ke akhirat. Apa yang dimaksud ilmu menuju jalan ke akhirat ialah ilmu cara membersihkan hati atau jiwa daripada sifat-sifat yang keji, yang tercela, yang dianggap sebagai kotoran yang menjadi penghalang daripada mengenali Allah SWT dan daripada mengenali sifat-sifat dan af’al atau perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada jalan untuk ke sana melainkan dengan latihan, ilmu dan pengajaran.



Ilmu tersebut terbahagi kepada dua bahagian:


Pertama: Ilmu zahir, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan anggota badan, dan ia terbahagi kepada adat dan ibadat.


Kedua: ilmu batin, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan hati atau jiwa, atau ilmu tentang sifat-sifat yang ada di dalam hati atau jiwa, yang juga terbahagi kepada yang terpuji dan tercela.


Sifat-sifat yang terpuji di dalam hati adalah seperti: sabar, syukur, takut, harap, redha, zuhud, taqwa, qana’ah (menerima dan berpuas hati dengan yang ada atau dengan apa yang Allah berikan), murah hati, ihsan, baik sangka, baik budi,baik pergaulan, jujur, ikhlas dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan taat dan ibadat kepada Allah SWT.


Adapun yang tercela daripadanya adalah seperti; dengki, dendam, busuk hati, penipu, gila pangkat, gila harta, gila kuasa, gila pengaruh, suka dipuji, sombong, riya’, keras kepala, pemarah, benci, tamak kedekut, kufur ni’mat, mengagungkan orang kaya, bangga, ujub, nifaq (hipocracy),cintakan dunia, cinta harta, gopoh,lalai dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan ma’siat dan lain-lain perbuatan buruk atau keji, yang dilarang.


Ilmu tentang batasan segala sifat-sifat ini, sama ada yang terpuji ataupun yang tercela, hakikat, sebab-sebab, hasil atau natijahnya, cara memupuk, menanam, atau cara mengubati, membuang atau mengikis daripada sifat-sifat tercela, kesemuanya itu merupakan ilmu jalan akhirat; dan Imam Ghazali mengatakan bahawa ia merupakan ilmu fardu ain, mengikut fatwa ulama akhirat.



Rukun kedua: Zikir

Adapun yang dimaksudkan dengan zikir ialah zikir yang diwariskan atau dianjurkan, yang termasuk di dalam perintah Allah SWT dan RasulNya SAW.


Imam Nawawi di dalam kitabnya, Al-Adzkaar, telah menjelaskan pengertian zikir sebagai berikut:


“Ketahuilah bahawa fadilat zikir tidak terhad pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya, tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia termasuk orang yang berzikir kerana Allah Taala. Begitulah yang dikatakan oleh Sa’id Bin Jubair r.a. dan lain-lain ulama”.


‘Ata’ berkata: “Majlis-majlis zikir adalah majlis-majlis yang membincangkan masalah halal, haram, bagaimana anda membeli, menjual, solat, berpuasa, berkahwin, mentalak, haji dan yang seumpamanya”.


Beliau juga telah membawakan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam, kemudian keduanya solat dua rakaat, maka keduanya ditulis dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah”.


Maka kedua rukun berjalan menuju Allah menurut Sa’id Hawa adalah ilmu dan zikir; dan tidak akan ada perjalanan melainkan dengan keduanya.


Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa para salik yang menempuh jalan menuju Allah itu terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama lebih banyak melibatkan diri mereka kepada Allah SWT disamping tidak melalaikan tanggungjawab mereka dalam menuntut ilmu agama sebagaimana yang dituntut oleh syara’.


Manakala golongan yang kedua pula mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bertungkus-lumus mendalami ilmu agama disamping tidak mengabaikan keperluan untuk berzikir. Akhirnya, mereka semua (insya Allah) akan sampai ke satu arah tuju yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.


Beliau menjelaskan bahawa pembahagian tersebut adalah disebabkan kerana adanya perbezaan pada kecenderungan atau minat dan kemampuan atau kesanggupan manusia itu sendiri. Segolongan manusia, kecenderungan atau minatnya kepada ilmu lebih besar dan juga kemampuannya untuk mencapai ilmu tersebut ada, dan segolongan lainnya kemampuannya untuk mencapai ilmu terhad dan kesanggupannya untuk beribadat, beramal dan berzikir adalah besar.



Jalan yang sesuai bagi golongan yang pertama adalah ilmu, tetapi mesti juga disertai dengan zikir; dan jalan yang sesuai bagi golongan yang kedua adalah memperbanyak zikir, tetapi mesti juga disertai dengan ilmu.


Daripada huraian tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa setiap manusia yang berjalan menuju Allah atau mencari keredhaan dan keampunan Allah, yang dengannya dicapai kebahagiaan akhirat dan terhindar daripada seksaan neraka, mestilah berusaha, selain mengisi masanya dengan melaksanakan tugas peribadatan yang telah ditetapkan, seperti solat lima waktu, puasa ramadan dan lain-lainnya, juga dengan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir.


Ia mesti menjadikan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir ini sebagai agenda hariannya yang berterusan sepanjang hayat, kerana kedua-duanya merupakan ibadat yang sangat tinggi nilainya. Setiap salik mestilah berusaha menghindarkan diri daripada membazirkan masanya dengan sebarang perbuatan yang tidak ada manfaatnya seperti melepak di kedai-kedai kopi, berbual kosong dan kerja-kerja yang seumpamanya.


Di dalam sesuatu hadis, ada dinyatakan bahwa tanggung jawab pertama yang akan disoal ke atas setiap insan ialah tentang umurnya: di mana ia telah menghabiskannya? Di dalam surah al-’Asr Allah SWT telah menyatakan dengan bersumpah: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan (mengisi masanya dengan)beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.


Setiap salik mesti menentukan masa yang tetap setiap hari untuk menuntut ilmu dan berzikir: menetapkan masa tertentu untuk membaca al-Qur’an dan memahami maknanya. Mereka boleh merancang untuk mengkhatamkan Al-Qur’an setiap seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali atau lain-lainnya, mengikut kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Perkara yang penting di sini ialah mereka menetapkan agenda yang tetap dan berterusan sepanjang hayat.


Membaca Al-Qur’an adalah ibadat dan zikir, dan memahami kandungannya adalah ilmu yang paling tinggi nilainya.


Selain mempelajari Al-Qur’an, mereka juga mesti berusaha mempelajari ilmu-ilmu syari’at lainnya dengan membaca kitab-kitab agama, menghadiri kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, atau mempelajari agama daripada guru-guru agama yang memberi bimbingan secara langsung kepada para pelajar atau murid-muridnya.


Menuntut ilmu dalam Islam merupakan ibadat yang dituntut dan tinggi nilainya. Ibnu ‘Abd al-Bar telah meriwayatkan daripada Abu Dzarrin al-Ghiffari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Bahawa anda keluar di waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada anda solat seratus rakaat”.


Kita mesti menetapkan agenda harian yang tetap, dengan memperuntukkan masa tertentu yang mencukupi untuk menuntut ilmu serta membaca kitab-kitab ilmiyah. Di dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Agama adalah ilmu kerana ia berdiri di atas asas pemikiran, penyelidikan, menolak taklid buta dan bersandar kepada pembuktian yang meyaqinkan, bukan kepada sangkaan dan mengikuti hawa nafsu.


Begitu juga ilmu dalam Islam, ianya adalah agama, kerana menuntutnya adalah diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimah sama ada sebagai fardu’ain atau fardu kifayah, dan bergiat dalam bidang ilmu yang bermanfaat, sama ada manfaat duniawi atau ukhrawi, dianggap sebagai ibadat dan jihad di jalan Allah.



Adapun zikir, maka ia merupakan amalan yang berterusan kerana, selain ia merupakan amalan tersendiri, ia juga boleh masuk ke dalam atau ke celah-celah amalan-amalan lain dan boleh mengisi setiap masa yang terluang dari sejak kita bangun dari tidur sehinggalah kita naik semula ke katil untuk tidur.


Begitulah sedikit input berkaitan berjalan menuju Allah yang sering ummi tulis dan katakan di dalam tazkirah pendek atau dikala berpesan-pesan sesama insan. Semoga bermanafaat buat anak-anak semua.

Wallahu A'lam



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan diakan datang

Menjaga Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kita berkewajipan memelihara hati, malah Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan kita melalui sebuah hadis Baginda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Hati merupakan tempat pandangan Allah. Hati diibaratkan sebagai pakaian yang kita gunakan. Kita akan selalu membersihkan pakaian yang kita gunakan lantaran akan dilihat oleh orang lain. Bagaimana pun juga, orang akan menilai kita dari pakaian yang kita gunakan.

Begitu pun dengan hati. Allah akan melihat siapa kita melalui hati. Untuk itu, senantiasalah menjaga hati agar selalu bersih seperti kita menjaga pakaian kita agar selalu indah dipandang orang lain.

Hati orang yang bersih, tercermin dari bersihnya jasad. Bagaimana pun juga, di dalam tubuh setiap manusia, terdapat segumpalan daging yang bernama hati. Bersih atau kotornya hati, menentukan sifat manusia yang memilikinya.

Untuk meyakinkan perihal hati yang bersih, Kita kaji bandingan mengenai hati dan hidup di dunia. Apa definisi kehidupan yang berkaitan dengan hati. “Bila hati kita hidup tetapi jasad kita diam, apakah itu kehidupan atau kematian? Bila hati kita mati tetapi jasad kita bergerak, apakah itu kehidupan atau kematian?”

Bagaimana pun , kehidupan kita ditentukan oleh kualiti hati masing-masing. Kita bayangkan mengenai seorang yang sakit dirawat di rumah sakit . Pesakit ini selalu mengeluh setiap waktu.

Namun, di tengah keluhannya, ada seorang pesakit di kamar lainnya, tengah bersyukur dengan mengucapkan kalimat dzikir. Ketika ditengok, ternyata orang tersebut tidak memiliki kaki dan tangan. “Apakah ini kehidupan atau kematian?”

Bukan lah mudah untuk menjaga hati dan tidaklah sukar menjaga kebersihan hati. Bagaimana caranya? Pesan yang pertama, adalah bersihkan hati dari syirik. Hal ini bisa dilakukan dengan menguatkan ketauhidan. Caranya pun cukup mudah, yaitu dengan menundukan hawa nafsu.

Pesan yang kedua adalah membersihkan hati dari kesombongan. Hal ini boleh dilakukan dengan mencoba bersikap rendah hati dan tidak melihat dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam hal ini, kita mesti sentiasa untuk memohon kepada Allah agar menumbangkan pohon kesombongan yang tumbuh dalam hati.

Pesan yang ketiga, membersihkan hati dari iri dan dengki. Meskipun begitu, iri dan dengki diperbolehkan asal digunakan dalam kebaikkan.

Selain ketiga pesanan diatas, kita juga hendaklah senantiasa memeriksa hatinya masing-masing. Maka kita hendaklah senantiasa berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar hati kita dibersihkan oleh-Nya. Bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati dan bersahabat dengan orang-orang yang baik, juga menjadi dua perkara yang harus dilakukan manusia agar hatinya bisa tetap bersih.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan diakan datang.

Sunday 23 May 2010

Pelihara Lisan mu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Allah SWT telah berfirman:
“Tiada satu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di depannya (dicatat)
oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf: 18)




Untuk kiriman pertama laman rindu ini,ingin berbicara berkaitan lidah. Lidah yang dimiliki oleh semua manusia. Tanpa lidah tidak mungkin kita dapat menelan makanan. Tanpa lidah, manusia tidak sempurna walau kecacatan itu tidak kelihatan.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya Abu Said Al-khudri berkata : "Seorang datang kepada Rasulullah saw lalu berkata kepada baginda "Wahai Rasulullah nasihatilah aku ya Rasulullah..." Maka Rasulullah bersabda "Jagalah taqwa kepada ALLAH kerana taqwa itu menghimpun segala kebaikan, dan kerjakanlah jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat islam. Dan lazimilah zikrullah dan membaca Al-Quran, kerana ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan namamu di langit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikkan kerana dengan itu ia dapat mengalahkan syaitan..."

Dimana Abul Laits berkata manusia tidak dapat mengalahkan syaitan hanya dengan diam kerana itu setiap orang muslim mesti menjaga lidahnya sehingga terlindung oleh syaitan, dan ALLAH akan menutup auratnya apabila dia menjaga lidahnya.

Abul Laits Assamarqandi dari ayahnya dengan sanadnya dari Anas bin Malik berkata Rasulullah saw :
"Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mu'min ialah diam dan ini adalah yang pertama, tawadhuk, zikrullah, dan mengurangi melakukan kejahatan.."


Lidah merupakan anggota yang kecil dan tidak bertulang. Akan tetapi ia mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Lidah boleh mengangkat seseorang. Lidah juga boleh menjatuhkan seseorang. Lidah boleh membawa kejayaan. Lidah juga boleh membawa kebinasaan. Bak kata pepatah: sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.


Mari kita renung sejenak. Kita perhatikan dan dengar dengan teliti perbualan para remaja dan kanak-kanak sekarang ini. Kita akan dapati bahawa perbualan mereka tidak lengang dari perkataan lucah dan kotor, memaki satu sama lain, samada secara sedar atau tidak sedar, samada secara sungguh-sungguh atau bermain-main.

Kemudian kita perhatikan pula perbualan kita apabila kita bercakap-cakap dengan kawan rapat kita. Kita perhatikan: adakah perkataan-perkataan yang kita ucapkan tersebut mempunyai unsur umpatan dan pembohongan ataupun sebaliknya.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah An-Nisaa, ayat 114:

Ertinya: Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat baik, ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikan kerana mengharapkan keredhaan Allah maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar.

Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t dengan tegas mengatakan bahawa perbualan manusia adalah sia-sia kecuali pada tiga perkara: menyuruh orang memberi sedekah, menyuruh orang berbuat baik dan mendamaikan antara dua pihak yang bergaduh.

Adapun perbualan umum antara manusia seperti berborak-borak, bergurau senda yang berlebihan, menceritakan hal orang dan selainnya adalah satu perbuatan yang sia-sia, malah boleh mendatangkan dosa.

Antara sebab mengapa bangsa kita tidak maju, antara punca mengapa kita masih ketinggalan dibelakang orang bukan Islam, antara sebabnya adalah kita sendiri mendoakan agar diri kita diberikan bencana. Kita berdoa agar kawan kita ditimpa kecelakaan. Mengapakah tidak? Sedangkan dalam perbualan kita, kita selangi dengan perkataan kotor, kita sulami dengan maki hamun.

Walaupun ia tidak disengajakan, walaupun ia tidak dimaksudkan, akan tetapi secara tidak langsung kita telah mendoakan agar kawan kita ditimpa kemalangan dan kehancuran. Ini bukan ajaran Islam. Ini bukan adab seorang Muslim. Dan ini bukan didikan dari Rasulullah s.a.w.

Kita cinta akan Rasulullah. Kita akan marah sekiranya ada orang yang menghina Rasulullah. Akan tetapi cinta kita tidak dibuktikan dengan perbuatan kita. Kita tidak meniru adab Rasulullah. Apakah antara adab Rasulullah? Mari kita dengar apa yang Rasulullah sabdakan dalam hadith ini:

“Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.”

Inilah sifat orang mukmin, orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya. Kita beriman dengan Allah dan RasulNya. Kita adalah orang yang beriman. Maka selayaknya kita meninggalkan perkataan yang kotor, caci maki dan hina menghina.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Waspadalah kamu dari kata-kata kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata kotor dan perilaku yang cabul.”

Sebaliknya, kita seharusnya menjaga lidah kita agar tidak mengeluarkan perkataan yang sia-sia, apatah lagi yang haram. Ini jelas dari hadith Rasulullah s.a.w:

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaithan.”

Dan sabda Rasulullah lagi:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja.”


Antara bencana lidah adalah berbohong. Memang kita sudah ketahui akan dosa apabila berbohong tetapi kadang-kala kita melakukannya apabila kita berborak-borak dengan teman-teman. Kita mengada-ngadakan cerita untuk menjadi bahan ketawa. Kita menambah-nambah cerita orang lain untuk menjadi sedap didengar.

Ini bukan sahaja membawa dosa mengumpat, bahkan ia membawa dosa fitnah. Dan fitnah itu adlaah lebih besar dosanya dari membunuh. Lihatlah contoh Rasulullah s.a.w. Beliau juga bergurau senda. Beliau juga bergembira dengan isteri-isterinya. Tetapi beliau tidak pernah mengadakan suatu yang palsu dalam gurau sendanya.

Rasulullah bersabda:

“Aku pun turut bergurau senda, tetapi aku tiada mengatakan sesuatu melainkan yang benar belaka.”

Inilah akhlak Rasulullah. Maka kita seharusnya cuba mencontohi beliau. Marilah kita jauhkan diri kita dari berkata-kata yang sia-sia, berkata yang tidak benar dalam senda gurau dan kurangkanlah berborak borak.

Berkata Umar Al-Khattab: Siapa yang suka berguaru saja, nescaya orang akan memandang ringan terhadapnya. Dan berkata Ibnu As kepada puteranya: Wahai anakku! Jangan engkau berani bergurau senda dengan orang yang berpangkat kelak ia akan memusuhi kamu. Dan jangan pula kepada orang yang rendah budi, kelak ia akan kurang ajar terhadapmu.


lnilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafik dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudaratannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam

Sekarang zaman IT, bukan lidah sahaja perlu dijaga,tapi jari-jari yang menaip di papan kekunci juga perlu dijaga. Jari-jari yang tidak punya hati, menaip dari garapan idea yang tercetus dari fikiran tuannya. Jari-jari itu bisa melukakan hati-hati yang sedang berduka dan tambah melukakan.

Jika tidak bisa memahami perasaan orang lain dikala berduka,tidak perlu untuk menambahkan lukanya. Cukup sekadar membaca,tanpa perlu menambah perisa.

Jika perisa itu mendatang keenakkan tidak mengapa, sebaliknya perisa itu menambah kepahitan sedia ada. Menjarakkan hubungan yang telah berdarah. Pilu dan sendu kian terasa.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.

Puisi Rindu Diriku


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. 

Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. 

Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. 

Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.



RINDU
Dikau datang lagi...
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu...
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti...
Biarpun menanti di hujung hari

Aku hidup dalam kenangan ,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.