BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 8 June 2010

Indahnya Hidup Ini

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Hiduplah Sesuka hatimu,Sesungguhnya kamu pasti mati.Cintai siapa saja yang kamu senangi,   Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,  Sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya.


Alangkah indahnya hidup ini dalam perkiraan Allah. Setiap hari mengikut rutin 24 jam dari seawal terbukanya mata setelah dimatikan sekejap dan kemudian tertutup lagi untuk menikmati perjalanan malam yang panjang. Dan dengan harapan moga-moga mata ini akan berpelung lagi menatap cantiknya kehidupan yang terbentang luas.


Meniti berhati-hati ruang lurus perjalanan, ada kala bengkok juga. Sedaya mungkin cepat-cepat berada di garisan lurus kembali. Dengan seorangnya ‘diri’ bertemankan akal dipandu iman...moga hari-hari seterusnya lebih indah dan mendamaikan.


“Bila kau memandang segalanya dari Allah, yang menciptakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, yang menyebabkan keinginanmu terhalang, Maka damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.


Bukan Allah tidak tahu derita hatimu tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya"


Embunku, emakmu ini amat merindui gurau senda yang pernah emak lalui bersamamu. Ingin emak imbas masa-masa lalu dan menjadi statik disitu. Tidak ingin emak bergerak kehadapan dan meninggalkan embun emak kesepian. Namun hidup perlu diteruskan. Emak mempunyai tanggungjawap yang lain juga. Kini tanggungjawap itu telah emak laksanakan dan sekarang emak menunggu janji-janji embun emak.


Emak akan terus menunggu dinihari, walaupun kini emak tidak lagi ingin menampilkan diri. Emak sembunyi di sebalik tabir malam menanti turunnya embun ke hati emak. Emak akan terus menunggu sehingga roh dan jasad berpisah menuju Allah.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



0 comments: