BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 4 June 2010

Kebersihan Bathin



KEBERSIHAN batin dapat dilakukan dengan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang keji, seperti sombong, riak, hasad, cinta keduniaan dan lain-lain. Juga dapat dilakukan dengan mengisi jiwa kita dengan budi pekerti yang terpuji, seperti tawaduk, mempunyai rasa malu, ikhlas, dermawan dan sebagainya.


Salah satu jalan untuk menyelamatkan diri kita dari akhlak-akhlak yang buruk agar memperoleh akhlak mulia telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin Juzuk yang ke 11.



Kebersihan Zahir

Kebersihan zahir dapat diperolehi dengan meninggalkan segala yang bertentanggan dengan agama dan menjalankan sesala sesuatu yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Barangsiapa menghiasi anggota lahiriahnya dengan beramal soleh serta memperbaiki jiwanya dengan akhlak mulia, maka sempurnalah kebersihannya.

Jika ia tidak mencapai kesempurnaan itu, tetapi masih berusaha menjalankan kebersihan itu, iapun masih mendapatkan bahagian kesempurnaan itu sesuai dengan berapa banyak akhlak keji yang ia hindari dan berapa banyak amal soleh yang ia laksanakan .


Termasuk dalam kategori kebersihan zahir iaitu menghilangkan segala kotoran di dalam tubuh, bersuci dari hadas dan najis, menghilangkan bulu yang ada di ketiak, mencukur kumis serta mmotong kuku. Disunatkan pula memotong kuku yang ada di tangan, lalu dari telunjuk tangan kanan hingga jari kelingking, lalu jari kelingking tangan kiri hingga ibu jari dan diakhiri dengan ibu jari kanan.


Pada kaki disunatkan memulai jari kelingking kaki kanan dan diakhiri pada kelingking kaki kiri sesuai dengan cara kita memasukkan air ke dalam celah jari kaki ketika berwuduk. Makruh melambatkan membersihkan hal-hal yang tersebut hingga empat puluh hari.

Kebersihan zahir yang lain iaitu menghilangkan kotoran yang ada di celah-celah dan lubang yang ada pada tubuh kita, membersihkan kotoran di mata, membuang kotoran yang ada di dalam hidung serta membersihkan gigi terutama ketika hendak menunaikan ibadah .


Selalu membersihkan pakaian yang kotor dan jangan mengunakan air secara berlebihan. Beberapa hal yang berhubung dengan kebersihan adalah meminyak janggut dan menyisirnya, juga sunat merapikan setiap rambut yang dipelihara. Disunatkan bercelak sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.



Wangi-wangian

Gunakan pula wangi-wangian khususnya ketika hendak mendirikan solat Jumaat dan ketika menghadiri suatu majlis. Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat suka mengunakan wangi-wangian, sampai kilauan minyak yang ada di kepala beliau terlihat dengan jelas. Hal itu ia lakukan agar umatnya dapat memakai wangi-wangian, tubuh beliau sudah harum bahkan ada sebahagian sahabat mengumpulkan keringat beliau untuk dijadikan wangi-wangian. Disunatkan bagi kaum lelaki mengunakan wangi-wangian, tetapi sebaliknya kaun wanita dilarang mengunakan kecuali ketika bersama dengan suaminya.


Jika dalam keadaan junub, mandilah dengan segera. Sebab orang yang junub diharamkan berada di dalam masjid dan membaca Al-Quran. Dalam hadis ada menyebut: “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada orang junub, dan apabila malaikat keluar, syaitan-syaitanlah yang akan masuk dari segala penjuru.” Jika tidak sempat mandi, basuhlah alat kelamin dan berwuduk.



Berusaha

Kita dituntut memperbaharui wuduk setiap kali mengerjakan solat fardu. Berusaha untuk sentiasa suci dan berwuduk ketika berhadas, kerana wuduk adalah senjata mukmin. Apabila senjata sudah ada di tangan, musuh pun tidak akan berani mendekati kita.


Kita dituntut menunaikan solat dua rakaat setelah berwuduk. Jika tidak mampu, hendaklah bersuci dari hadas ketika memasuki masjid, membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain. Semasa berwuduk atau mandi, janganlah hanya melaksanakan yang fardu saja, sebaiknya tunaikan pula sunnah-sunnah dan adab-adabnya, sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW.









Aku hidup dalam kenangan ,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.




0 comments: