BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 9 June 2010

Merindu tanpa kata

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Merindu tanpa kata. Hati ini terlalu merindui embunku. Pelik. Kenapa bila rindu air mata akan menjadi terlalu murah. Mudah saja mengalir. Dalam 3 bulan ini fikiran asyik terbayangkan kenangan bersama embunku. Apa khabarkah embunku sekarang? Kenapa embun berubah? Tidak ingatkan embunku pada kenangan masa bersama-sama suatu ketika dulu walaupun singkat tetapi ianya berkualiti dan amat bermakna buat ku.


Bagaimanakah embunku sekarang ini? Sungguh kerinduan ini tidak dapat dikiaskan dengan apa pun jua. Setiap kali rindu datang, pantas mata singgah merayapi setiap ayat di wall FBnya. Berulang kali dibaca entri yang sama.


Hidup untuk mempersembahkan segala yang terbaik, iaitu yang bermakna untuk dunia dan bererti untuk akhirat. Bukan mudah untuk mengotakan kata-kata tersebut. Tidak semudah untuk menaip huruf-huruf dan bersatu menjadi ayat yang indah.

Selalu kita pincang. Bila mana terbaik untuk dunia, rupanya jauh dari terbaik untuk akhirat. Juga bila dirasakan terbaik untuk akhirat, kita kepincangan untuk hal-hal dunia. Perlu untuk mempersembahkan yang terbaik dalam apa jua yang diperbuat. Kerana dunia hanya bersifat sementara, kebermaknaan kehidupan dunia adalah kelangsungan yang bererti untuk akhirat yang kekal abadi.

Untuk menjadi insan yang mempersembahkan terbaik tidak memerlukan hal yang bagus-bagus belaka. Juga tidak memerlukan pengorbanan yang sebegitu besar kerana hakikatnya manusia penuh dengan kepincangan. Hanya perlukan satu tekad dan sejumlah istiqamah. Lantaran bila adanya kedua-dua intipati ini, segala hal akan menghasilkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

Umpama meletakkan diri dalam tempias rindu. Keharuman kasih sayang itu mampu membuatkan masa terhenti dan jiwa pun terbang tinggi. Nikmatilah kasih sayang seadanya, kerana itu yang membuatkan dunia bermakna, namun himpunlah sejumlah tekad dan keberterusan agar dunia tidak dirasakan milik.


Masih lagi ada ruangan kosong yang dihuni insan-insan penting yang lain. Agar juga kealpaan dalam menikmati rindu tidak membawa sesautu yang terburuk untuk akhirat. Moga-moga kebahagiaan kasih sayang itu berterusan ke taman-taman syurga... 




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.




0 comments: